laguku lagumu

Wednesday, June 23, 2010

yes C.O.U.P.L.E itu haram :)

Tentu ramai yang tertanya-tanya.
Tidak kurang juga yang tidak
berpuas hati dengan
pernyataaan di atas. Ada yang
kata hukumnya harus. Mungkin
ada yang kata makruh.
Sememangnya kenyataan ini
menimbulkan banyak
kontroversi, lebih-lebih lagi di
kalangan muda-mudi sekarang.
Apa Itu Ber’couple’?
Ber’couple’ merupakan suatu
tradisi atau budaya yang telah
dibudayakan oleh masyarakat
remaja kini. Bermula dengan
saling berpandangan mata,
kemudian turun ke hati.
Kemudian mereka akan saling
mengutus senyuman dan cinta
mula berputik. Bila rasa dah
cukup sedia, masing-masing
mula ‘masuk line’. Ade yang
berbalas-balas nota, bagi yang
lebih ‘advance’, teknologi SMS
digunakan. Akhirnya apabila dua
insan berlawanan jantina ini
sudah saling suka-menyukai,
mereka akan mengisytiharkan
ikatan percintaan mereka dan
kemudian ber ’couple’.
Pasangan kekasih ini akan
merapatkan hubungan mereka
serapat-rapatnya. Kalau di kelas,
buat study group ataupun group
discussion. Bagi yang kreatif,
kad-kad ucapan ‘hand made’
yang pelbagai warna dan rupa
akan dikirimkan. Bagi yang
mengikuti peredaran semasa,
teknologi SMS akan
dimanfaatkan sepenuhnya. Kata
ganti diri pada asalnya aku-kau
ditukar kepada saya-awak, atau
bagi mereka yang lebih intim,
abang-sayang dan sebagainya.
Kalau diperhatikan pasangan-
pasangan yang sedang asyik
dilamun cinta ini,hidup mereka
tidak menentu, diibaratkan
‘ makan tak kenyang,tidur tak
lena, mandi tak basah’.
Ungkapan-ungkapan cinta
seperti ‘sayang awak’, ‘love you’,
‘miss you’ dan sebagainya akan
menjadi sebahagian ucapan
harian mereka. Sentiasa ceria
dan tersenyum gembira,
mengenangkan Si Dia yang
datang bertandang ke hati. Ada
pasangan yang serius, sampaikan
sanggup berjanji nak sehidup-
semati. Sanggup bersumpah,
setia hingga ke akhir hayat. Ada
juga yang hanya sekadar
bermain-main, untuk suka-suka,
dan sebagainya. Ringkasnya,
pelbagai ragam yang boleh
dilihat daripada pasangan yang
ber ’couple’ ini. Ada yang boleh
meneruskan hubungan hingga
ke jinjang pelamin dan ada juga
yang kecundang di pertengahan
perlayaran di lautan percintaan
masing-masing.
Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya,mengapa? Sekarang kita
kembali kepada persoalan
pokok. Di sinilah timbulnya
kontroversi di antara kita. Bagi
yang ber ’couple’, sudah tentu
perasaan ingin tahu mereka
sangat tinggi dan pelbagai hujah
ingin dikeluarkan bagi
mempertahankan kesucian cinta
mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk
menjawab persoalan ini, kita
perlulah merujuk kembali
kepada manual kita yang telah
digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-
Quran dan panduan iaitu As-
Sunnah yang telah diwasiatkan
kepada kita oleh junjungan besar
kita Nabi Nabi Muhammad
S.A.W. yang sepatutnya menjadi
pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah
menjadikan makhluk-Nya
berpasang-pasangan, lelaki dan
perempuan, mengapa tidak
boleh bercinta atau ber ’couple’?
Memang tidak dinafikan,dalam
Al-Quran Allah ada berfirman,
seperti dalam Surah Yasin(36)
ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah
menciptakan pasangan-pasangan
semuanya, baik dari apa yang
ditumbuhkan oleh bumi dan dari
diri mereka maupun dari apa
yang tidak mereka ketahui. ”
Dan juga firman-Nya dalam
Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia,
sesungguhnya
Kami
menciptakan
kamu dari
seorang laki-laki
dan seorang
perempuan dan
menjadikan kamu
berbangsa-
bangsa dan
bersuku-suku
supaya kamu
saling kenal
mengenal.
Sesungguhnya
orang yang
paling mulia di
antara kamu di
sisi Allah ialah
orang yang paling bertakwa di
antara kamu. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Mengenal. ”
Meskipun begitu, ayat-ayat ini
tidak menjelaskan yang kita
boleh mengadakan hubungan
percintaan dan berkasih kasihan
antara lelaki dan perempuan
yang bukan mahram. Banyak
larangan Allah dalam Al-Quran
yang melarang hubungan-
hubungan ini. Percintaan
bermula dari mata. Firman Allah,
“Katakanlah kepada orang laki-
laki yang beriman: "Hendaklah
mereka menahan
pandangannya, dan memelihara
kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka,
sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka
perbuat."
Surah An-Nur(24) ayat 30.
Dalam ayat ini, jelas Allah telah
memerintahkan kita supaya kita
menjaga pandangan kita
daripada memandang perkara-
perkara yang dilarang,
termasuklah memandang wanita
bukan mahram serta wajib bagi
kita menjaga nafsu. Perintah ini
bukan ditujukan kepada kaum
Adam sahaja. Dalam ayat yang
seterusnya Allah berfirman,
“Katakanlah kepada wanita yang
beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya,... ”
Surah An-Nur(24) ayat 31. Dua
ayat dari Surah An-Nur ini
sebenarnya terdapat dalam
sukatan matapelajaran
Pendidikan Al-Quran & Sunnah
tingkatan 5 di sekolah-sekolah
yang mengambil aliran agama.
Para pelajar tingkatan 5
sepatutnya lebih jelas akan
perkara ini. Daripada ayat ini
jelas Allah melarang lelaki dan
perempuan bukan mahram
daripada saling berpandang-
pandangan dengan niat untuk
suka-suka, apatah lagi untuk
memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang
hubungan percintaan ini
terdapat dalam Surah Al-
Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati
zina; sesungguhnya zina itu
adalah suatu perbuatan yang keji
dan suatu jalan yang buruk. ”
Ayat ini memeng cukup popular
di kalangan kita. Ramai yang
apabila ditegur dengan ayat ini
akan menjawab, ”Kami tidak
berzina. Kami berbual-bual je” ,
“Kami keluar makan je” dan
“Kami main SMS je.” Dan
pelbagai 1001 alasan lagi. Para
pembaca,sila teliti firman Allah
tadi. Dalam ayat ini, Allah
melarang kita mendekati zina.
Allah menggunakan kalimah
‘ walaa taqrobuu’ (jangan
hampiri) dan bukannya kalimah
‘ walaa ta`maluu’ (jangan
melakukan). Ini menunjukkan,
walaupun kita hanya mendekati
zina, ia sudah pun HARAM!
Mungkin ada yang tidak jelas
dengan maksud menghampiri di
sini. Biar kita ambil contoh, jarak
kita dengan dewan adalah 50
meter. Apabila kita melangkah
setapak ke arah dewan, jarak
antara kita dan dewan adalah
49.8 meter. Inilah dikatakan
menghampiri dewan. Jadi,
bercinta sebelum kahwin dan
ber ’couple’ adalah menghampiri
zina, dan menghampiri zina
adalah HARAM.

1 comments:

  1. frust lalu post begini ?
    btw , nice sharing yaww

    ReplyDelete